Wednesday, November 5, 2008

Projek: Buku Skrap

Tempat-tempat menarik di Malaysia

Malaysia cukup terkenal dengan pelbagai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Malaysia menjadi antara negara yang menerima pelancong asing saban tahun yang ramai. Ini kerana usaha giat kerajaan mempromosikan Malaysia di serata dunia, antara usaha kerajaan ialah dengan melancarkan Tahun Melawat Malaysia. Di internet anda boleh terus menekan butang carian mengakses tempat-tempat menarik di Malaysia. Anda juga boleh kunjungi Malaysian tourism di www.tourismmalaysia.gov.my . Di sana banyak maklumat yang anda perolehi bagi membantu anda menyiapkan Buku Skrap berkenaan tempat-tempat Menarik di malaysia. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
1. Pilih 5 tempat yang anda rasakan menarik dan huraikan latar belakang tempat-tempat tersebut.
2. Berikan sebab kenapa 5 tempat yang anda pilih itu menarik.
3. Sertakan gambar di tempat yang telah anda pilih.
4. Promosikan tempat yang anda pilih dengan menghasilkan brosur atau pamplet,
5. Persembahankan bahan atau maklumat yang anda perolehi dalam persembahan "power point".
Selamat menyiapkan tugasan dan selamat melayari internet bagi tujuan penghasilan buku skrap yang menarik.
Sekiranya semasa anda menyiapkan tugasan ini, dan anda mendapat cetusan idea untuk berbincang, jangan lupa singgah di "chat room" untuk aktiviti perbincangan dan pendapat.